FAEDAH GOOGLE FORM
Blog ini akan mengajar anda bagaimana untuk membina Borang Online menggunakan Google Form. Blog ini terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:
ASAS - menerangkan secara ringkas apa itu Google Form dan bagaimana untuk membina Borang yang mudah dan ringkas.
LANJUTAN - menerangkan bagaimana untuk membina Borang yang lebih kelihatan profesional dan menarik.
ANALISA - menerangkan bagaimana untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui Google Form dengan tepat dan pantas.
Siapa pun anda, Google Form adalah sangat berguna bagi membantu anda dalam pelbagai perkara seperti di bawah:
1. Membuat Borang Soal Selidik - para guru, pelajar dan penyelidik sangat memerlukan jawapan dari hasil kajian misalnya untuk mengetahui keberkesanan kursus yang dijalankan.
2. Menyediakan Quiz/Ujian Online - cara ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, selain itu keputusan dan analisa ujian boleh dijana dengan pantas.
3. Mengumpul data - misalnya Borang Pendaftaran Pelajar, iaitu data-data mengenai pelajar dimasukkan sendiri oleh pelajar berkenaan dan dihantar kepada sekolah secara dalam talian.
4. Membuat Tempahan - misalnya menempah penggunaan bilik, alatan, tiket dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment