Sila tinggalkan komen anda untuk memperbaiki blog ini.
Friday, 2 January 2015
PENGENALAN FLUBAROO
Ini adalah kemudahan yang disediakan untuk menyenangkan kerja anda untuk menggredkan markah seperti menanda jawapan, membuat analisa ke atas markah dan menghantar markah kepada pelajar melalui email dengan pantas.
Selamat menonton video Flubaroo.
FAEDAH GOOGLE FORM
Blog ini akan mengajar anda bagaimana untuk membina Borang Online menggunakan Google Form. Blog ini terbahagi kepada tiga bahagian utama, iaitu:
ASAS - menerangkan secara ringkas apa itu Google Form dan bagaimana untuk membina Borang yang mudah dan ringkas.
LANJUTAN - menerangkan bagaimana untuk membina Borang yang lebih kelihatan profesional dan menarik.
ANALISA - menerangkan bagaimana untuk menganalisa data yang telah dikumpulkan melalui Google Form dengan tepat dan pantas.
Siapa pun anda, Google Form adalah sangat berguna bagi membantu anda dalam pelbagai perkara seperti di bawah:
1. Membuat Borang Soal Selidik - para guru, pelajar dan penyelidik sangat memerlukan jawapan dari hasil kajian misalnya untuk mengetahui keberkesanan kursus yang dijalankan.
2. Menyediakan Quiz/Ujian Online - cara ini dapat menjimatkan penggunaan kertas, selain itu keputusan dan analisa ujian boleh dijana dengan pantas.
3. Mengumpul data - misalnya Borang Pendaftaran Pelajar, iaitu data-data mengenai pelajar dimasukkan sendiri oleh pelajar berkenaan dan dihantar kepada sekolah secara dalam talian.
4. Membuat Tempahan - misalnya menempah penggunaan bilik, alatan, tiket dan sebagainya.
Thursday, 1 January 2015
ABOUT ME
Saya bernama Cikgu Zainab Arshad seorang guru Sains Komputer yang mengajar di MRSM Pendang. Saya berminat membantu pelajar-pelajar dan guru-guru supaya menggunakan teknologi bagi menjadikan bidang pendidikan sangat menarik dan interaktif.
Terima kasih kerana menggunakan blog cikgu.
Terima kasih kerana menggunakan blog cikgu.
ANALISA DATA MENGGUNAKAN FLUBAROO
Video ini akan mengajar anda bagaimana menggunakan Flubaroo untuk menganalisa data. Selamat menonton
ADVANCED FORM
Mari kita menonton bagaimana untuk membina soalan kuiz yang lebih sukar menggunakan HEADER, GRID, SCALE, IMAGE, VIDEO, DATE dan TIME.
BASIC FORM
Mari kita menonton video bagaimana menggunakan Google Form untuk membina soalan kuiz yang menggunakan TEXT dan MULTIPLE CHOICE.
Subscribe to:
Posts (Atom)